Thursday, July 23, 2009

Rakyat Malaysia yang patriotik?

Ulasan berita RTM mengenai perlawanan persahabatan di antara Manchester United melawan Malaysia baru baru ini menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama. Bukan dari segi perlawanan serta mutu permainan Malaysia yang semakin baik menjadi persoalan. Isunya mengenai fanatiknya penyokong Malaysia yang akan selamanya akan hidup di Malaysia menyokong pasukan luar. Sedikit sahaja yang menyokong pasukan negara. Bukankah ini pelik?
Jika kita perhatikan anggaran yang menonton perlawanan pertama sebanyak lebih kurang 80,000 penonton ,majoritinya lautan manusia yang memakai baju merah. Seolah-olah pasukan negara berada di negara luar. Yang menyedihkan sekumpulan pelancong asing menyokong pasukan negara, siap memakai jersi serta lilitan di kepala yang tertulis Malaysia. Kebetulan pula wartawan RTM terjumpa mereka. Alangkah malunya pelancong asing melihat kerenah rakyat Malaysia dan terfikir sejenak dan ini akan menjejaskan nama negara di mata mereka. Pasukan Manchester United menjaringkan gol, pakat bersorak. Pasukan Malaysia menjaringkan gol, pun pakat bersorak. Pening pening
Di mana semangat patriotik rakyat Malaysia? Sepatutnya rakyat Malaysia membanjiri stadium dengan memakai jersi Malaysia dan menenggelamkan penyokong kelab Manchester United. Serta memberi sokongan yang padu kepada pasukan negara. Barulah pasukan negara boleh mempamerkan mutu permainan yang baik. Ini barulah dipanggil perang psikologi. Barulah orang putih tu gelabah jugak dibuatnya.
Satu lagi soalan ,jika pasukan Malaysia menentang kelab Bangladesh? Adakah rakyat Malaysia akan memakai jersi kelab Bangladesh ?
Jika menentang Brazil, Liverpool, atau apa apa saja yang glamour, rakyat Malysia memakai jersi mereka pula kan?
Hakikatnya pinjam dari ayat Nabil Raja Lawak, lu pikirlah sendiriiiii

0 comments: