Friday, July 24, 2009

Kemaruk jadi artis?

Kebelakangan ini kebanyakan rakyat Malaysia bercita-cita menjadi artis baik dalam bidang nyanyian, lakonan atau apa saja yang bernama seni. Golongan remaja yang paling menonjol untuk cuba berada di industri hiburan di Malaysia berbanding golongan pertengahan dan warga veteran @ emas. Lihat saja di saluran media, banyak program realiti yang diadakan untuk mengcungkil bakat-bakat terpendam (kononnya) yang berada di Malaysia.
Akademi Fantasia, Mentor, Bintang RTM, Pilih Kasih, Oh La La, serta banyak lagi program membuktikan senario ini. Maka banyaklah artis artis mee segera yang hanya glamour seketika dan tenggelam timbul memenuhi industri hiburan. Tidak dinafikan ada yang berjaya bertapak , tapi itu terlalu sedikit jika dinisbahkan antara yang aktif dan tidak aktif. Hari ini 24/7/09 ada program Bintang Idola Digi di Taman Syahbandar di Terengganu. Berpusu pusu remaja mahu mencuba nasib dan ada sesetengahnya tidak mempunyai asas nyanyian pun mencubanya. Kenapa yer?
Stesen tv terbabit juga mengaut keuntungan dengan diadakan undian melalui SMS. Rakyat Malaysia seolah olah dipukau dan ikut serta mengundi SMS. Diadakan diari harian dan sedikit drama untuk menarik penonton agar selalu mengikuti progran tersebut.
Nun di luar Malaysia masalah kebuluran di Afrika, orang Islam ditindas Israel di Palestin, pergolakan dunia Islam di Pattani, Thailand, seolah olah tidak menarik perhatian . Jika rakyat Malaysia menderma untuk mereka dengan nilai yang sama dengan jumlah keuntungan undian SMS ringanlah sedikit beban.
Tapi yang ikut sekaki menonton dan diundang untuk menyampaikan hadiah ialah orang yang ikut mentadbir negara ini. Rakyat yang di bawah pun tumpang sekaki jugak.

0 comments: