Thursday, November 12, 2009

Pengorbanan dan iktibar kisah Nabi Ibrahim as

Sudah lama tak update blog ni...
27 hb November 2009 akan tiba. Hari raya kedua yang besar nilainya pada umat islam selain hari raya aidilfitri. Kita pun akan sibuk menyembelih lembu dan haiwan korban yang lain untuk mengambil fadilat dan sunnah nabi. Khutbah raya pun akan menceritakan pengorbanan nabi ibrahim untuk menyembelih anaknya atas perintah Allah.

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI
ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANYA….

Baginda buat sungguh2, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau dan sembelih lagi anaknya tapi tak cedera sedikitpun . Baginda buat berkali2 sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu “cukuplah Nabi Ibrahin, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri,
Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langait yg diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)
Jadi, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pd hari raya korban, sunnah tu!)
cuma...Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada keluarga demi kerana Allah?
Ramai org datang solat hari raya korban, ramai org buat korban tapi masjid masih kosong,, kalau nak dapat kebahagian dengan harta kena korbankan kebahagian dengan keluarga,
Korbankanlah rancangan TV kegemaran korang. dan datanglah pada Allah
Korbankanlah waktu rehat korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah cuti annual leave korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah masa lapang korang dan datanglah pada Allah
Termasuklah saya sekali….isk..isk….

Thursday, October 8, 2009

Dunia bola sepak

Di Malaysia slogan 'Pertanian itu Perniagaan' amat popular dan serasi dengan budaya masyarakat kita di Malaysia. Jika kita melihat di luar Malaysia semua benda boleh dijadikan perniagaan @ DUIT @ MONEY @ FULUS.
Saya melihat trend kelab bola sepak popular berbelanja untuk membeli pemain bola sepak juga ada kaitan dengan topik ini. Cuma ditukar 'Bola sepak itu Perniagaan'. Saya pun jika ada duit yang banyak mahu membeli kelab bola sepak dan memilih pemain yang hebat untuk dijadikan pelaburan.( impian yer anak-anak @ Angan-angan)
Dan inilah pemain impian saya


Penjaga gol- Petr Cech ( Chelsea/Repb Czech )
- Iker Casillas ( Real Madrid/Sepanyol )


Pertahanan - Carlos Puyol ( Barcelona/Sepanyol)
- John Terry ( Chelsea/ England)
- Sergio Ramos (Real Madrid,Sepanyol)
- Alesssandro Nesta ( AC Milan/Itali )
- Philip Lahm ( Bayern Munich/Jerman )

Tengah - Christialno Ronaldo ( Real Madrid/Portugal )
- Kaka ( Real Madrid,Brazil )
- Steven Gerrard ( Liverpool,England )
- Xavi Hernandez ( Barcelona,Sepanyol )

Penyerang - Lionel Messi (Barcelona,Argentina)
- Wayne Rooney ( Manchester United,England )
- Didier Drogba ( Chelsea,Ivory Coast )

Madah yang indah

Kita dilahirkan dimulai dengan azan, kita mati diakhiri dengan sembahyang

Friday, September 18, 2009

Himpunan iklan raya terbaik













Iklan raya 2009




Saturday, August 15, 2009

Gereja terbesar ???



Dipetik dari ibnbarudin.blogspot

Sebuah 'kapal angkasa' bakal mendarat di Bukit Jalil tidak lama lagi. Kalau tidak akhir tahun ni mungkin dijangka awal tahun 2010.
Kapal angkasa yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan mendarat ditapaknya bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Kapal angkasa tersebut sebenarnya adalah sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.

Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih didunia.

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk abapila ia siap nanti.

Jangan terkejut jika setelah mendarat nanti tempat duduk di dalam kapal angkasa ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.

Lihatlah saja kepada misi-misinya:

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind

Beginilah bentuk model Calvary Convention Centre (CCC) jika siap sepenuhnya. Bentuk yang paling moden dengan peralatan yang serba moden. Mampu menampung lebih 5,000 penganut Kristian untuk latihan agama Kristian di Malaysia

Laman itu menyebut CCC dibina untuk menampung kegitan Gereja Calvary yang holistik, untuk peringkat dalam negara dan luar negera. Auditoriumnya memuatkan 5,000 kerusi untuk kegiatan pendidikan dan latihan Kristian khusus untuk golongan muda di Malaysia

Wednesday, August 12, 2009

Merdeka???

Dipetik dari tukartiub.blogspot

Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)