Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, August 3, 2009

Adun Kemasik direman 5 hari SPRM kerana rasuah


Siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) B-End Terengganu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Ahad kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000 dikatakan dari kawasan Kemaman.

Di daerah yang terletak di selatan Terengganu itu ada empat kawasan DUN iaitu Kemasik,Kijal,Cukai dan Air Putih.

Kijal ialah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said. Sah bukan beliau kerana yang ditahan ialah seorang ADUN.

Makanya tolak satu tinggal tiga ADUN lain. Jadi siapa agaknya?

Sementara itu menurut laporan Bernama ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan Adun terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Mengapa SPRM nak rahsiakan pula siapa Adun B-End itu. Kalau kena Adun Pakatan Rakyat, heboh satu dunia. Sampai mati pun ada bila kena siasat SPRM.

Dari sumber maklumat yang diterima dari Terengganu, YB Ir Rosli Othman ADUN Kemasik (bertopi kuning) adalah YB B-End yang ditahan oleh SPRM di Kuala Lumpur bersama agennya yang didakwa mengutip rasuah setiap bulan . Mereka kini direman selama 5 hari.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

MENGAPA ISA DIANGGAP SEBAGAI SEBUAH UNDANG-UNDANG ZALIM OLEH MASYARAKAT UMUM?

~ISA adalah bercanggah dengan rukun-rukun asas perundangan antarabangsa yang antara lain menekankan hak seseorang individu untuk bebas, kebebasan dari penahanan secara sembarangan, hak untuk dimaklumkan tujuan penahanan, hak bagi seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, serta hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan terbuka di mahkamah.

~ISA bertentangan dengan hak seseorang individu untuk membela diri beliau dalam sebuah perbicaraan yang adil dan terbuka. Individu yang ditahan boleh dikurung dan disoal siasat selama 60 hari tanpa sebarang akses kepada nasihat undang-undang oleh peguam.

~Dalam tempoh 60 hari yang pertama, individu yang ditahan di bawah ISA tidak mempunyai sebarang bentuk komunikasi dengan dunia luar.

~Penyeksaan tidak dapat dipisahkan dari penahanan di bawah ISA. Bekas tahanan ISA telah tampil memberi penerangan berkaitan penyeksaan fizikal dan psikologikal yang teruk yang mereka lalui. Seksaan tersebut antara lain termasuk dipukul, dipaksa berbogel, tidak dibenarkan tidur, soal siasat tanpa mengira masa, ugutan mencederakan anggota keluarga termasuk ugutan merogol dan mencederakan anak-anak individu yang ditahan.

~Seksaan yang berterusan telah membuatkan tahanan menandatangani ‘akuan’ yang disediakan oleh kerajaan, disebabkan kebimbangan serius terhadap ugutan dan ancaman.

~ISA kekal sebagai tunjang bagi kuasa untuk penahanan secara sembarangan tanpa perbicaraan yang ada pada Eksekutif
ISA telah seringkali digunakan terhadap individu yang mengkritik kerajaan serta memperjuangkan serta mempertahankan hak asasi manusia. Akta tersebut merupakan sebuah alat yang dikekalkan oleh pihak berkuasa, yakni kerajaan, bagi mengawal serta mengongkong kehidupan awam dan masyarakat umum.

~Sejak 1960 apabila Akta tersebut berkuatkuasa, ribuan orang termasuk ahli kesatuan pekerja, pemimpin mahasiswa, aktivis pekerja, aktivis politik, kumpulan keagamaan, ahli akademik, dan aktivis NGO telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa lalu telah ditahan lebih dari satu dekad lamanya.

~Selain dari pencabulan hak asasi yang telah dialami oleh tahanan, ISA mempunyai kesan serta pengaruh yang lebih mendalam terhadap masyarakat umum menyebabkan mereka takut serta mempengaruhi cara keterlibatan politik serta kebertanggungjawapan di Malaysia.

~ISA telah digunakan bagi menyekat aktiviti-aktiviti politik, akademik dan sosial yang aman serta membendung kritikan membina dari NGO serta kumpulan pendesak. Ia mengurangkan dan menyempitkan batas politik bagi perbahasan penting berkenaan dasar-dasar ekonomi, isu rasuah, dan cabaran sosial yang lain.

Diambil dari http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/08/apa-itu-isa.html